Monday, 27 June 2011

Rancangan Pengajaran & Pembelajaran Bertemakan Buah-Buahan






Sukatan Pelajaran: 
2.1.2 Mereka corak secara terancang.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Pelajaran hari ini berkaitan dengan membuat capan menggunakan putik kapas.
Objektif: 
Pada akhir pelajaran, dengan bimbingan guru, murid dapat;
1. Mengenal alatan untuk membuat aktiviti mencapan.
2. Menyambungkan titik untuk membentuk gambar.
3. Menghasilkan corak capan menggunakan putik kapas.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid sudah boleh menggunakan alatan seni lukis.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Mempekenalkan alatan.
2. Menyambungkan titik-titik untuk membentuk gambar.
3. Mencapan menggunakan putik kapas.
Bahan Bantu Mengajar: 
Kertas lukisan yang mengandungi gambar buah-buahan yang dilukis dengan titik-titik, warna air, putik kapas, kotak berisi buah-buahan dan lukisan capan yang telah siap.
Set Induksi: 
1. Guru menunjukkan kotak kepada murid. Guru meletakkan beberapa biji buah-buahan yang berlainan jenis di dalam kotak.
2. Guru menyuruh murid merasa isi kandungan kotak. Guru menyuruh murid meneka apa yang mereka rasa.
3. Murid merasa dan kemudian meneka isi kandungan kotak.
Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada: 
1. Guru menunjukkan isi kotak iaitu buah-buahan. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai buah dalam kotak.
2. Guru menyoal dengan soalan-soalan berikut;
a) "Ini buah apa?".
b) "Apa warna buah ini?".
c) "Bagaimana bentuknya?."
d) "Apa rasanya?".
3. Murid memberikan jawapan terhadap soalan guru.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid: 
1. Guru menunjukkan gambar buah-buahan.
2. Satu gambar yang tidak berwarna dan satu lagi gambar berwarna dengan menggunakan kaedah capan (menggunakan putik kapas).
3. Murid melihat gambar yang ditunjukkan dan memberikan perhatian.
4. Guru menyoal murid tentang perbezaan gambar dan menyuruh murid membandingkan gambar mana yang lebih cantik.
5. Murid menyatakan perbezaan gambar iaitu gambar pertama tidak berwarna dan gambar kedua berwarna.
6. Kemudian, murid membuat penilaian ke atas kedua-dua gambar.
7. Guru menyatakan pelajaran hari ini iaitu membuat capan menggunakan putik kapas.
8. Guru menunjukkan sekali lagi gambar buah-buahan yang berwarna tadi.
Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid: 

Langkah Pertama

-Memperkenalkan alatan.
1. Guru menunjukkan alatan yang akan digunakan untuk membuat capan. Guru menyuruh murid menyebut nama alatan yang ditunjukkan oleh guru.
2. Murid melihat alatan yang ditunjukkan. Murid menyebut nama alatan yang ditunjukkan oleh guru.
3. Guru menyuruh murid mengambil mana-mana alatan dan menyebutkan nama alatan tersebut.
4. Guru memastikan murid mengenal nama alatan.
Langkah Kedua
-  Menyambungkan titik untuk menghasilkan gambar.
1. Guru memberikan gambar buah-buahan kepada murid. Gambar tersebut telah dilukis dalam bentuk titik-titik.
2. Guru menyuruh murid menyambungkan titik-titik tersebut untuk membentuk gambar buah-buahan.
3. Setiap murid mendapat sehelai gambar buah-buahan. Murid meyambungkan titik membentuk gambar buah-buahan.
4. Guru memastikan murid menyambungkan semua titik. Guru membimbing murid membuat aktiviti.
Langkah Ketiga



-Mencapan menggunakan putik kapas.
1. Guru memberikan setiap murid peralatan yang akan digunakan untuk membuat aktiviti capan.
2. Setiap murid mendapat warna air dan putik kapas.
3. Guru menunjukkan cara mencapan menggunakan putik kapas.
4. Kemudian, guru menyuruh murid mencapan menggunakan putik kapas.
5. Guru memastikan murid menggunakan warna yang betul bagi buah-buahan tersebut.
6. Murid memberi perhatian terhadap tunjuk ajar guru. Murid membuat aktiviti mencapan dengan bimbingan guru.
7. Guru memastikan murid menggunakan ruang kertas sepenuhnya untuk membuat capan.
8. Guru membimbing murid membuat aktiviti.
9. Guru memastikan setiap murid menyiapkan lukisan mereka.
Latihan dengan Bimbingan: 
Sila rujuk langkah dua nombor empat dan langkah tiga nombor lapan di atas.
Latihan Kendiri: 
Sila rujuk langkah satu nombor satu, dua dan nombor tiga di atas.
Penutup Pengajaran: 
1. Guru menyuruh murid menghantar hasil lukisan masing-masing. Guru menyuruh murid melekatkan hasil lukisan mereka di papan putih.
2. Murid menghantar hasil lukisan masing-masing. Murid melekatkan hasil lukisan mereka di papan putih.
3. Guru menyoal kelas, "Hasil lukisan siapa yang paling cantik?". Murid menilai hasil lukisan rakan mereka.
4. Guru menilai hasil kerja murid. Guru memberikan pujian kepada semua murid yang menghasilkan lukisan.
5. Guru memberikan ganjaran kepada murid yang menghasilkan lukisan paling cantik.
6. Guru merumuskan isi pelajaran.


No comments:

Post a Comment