Saturday 18 June 2011

Asal-usul Tabika

PENUBUHAN TABIKA

ALAMAT TABIKA:
TABIKA PERPADUAN PARIT RAJA(TAMAN MANIS)
NO,91 TAMAN MANIS 2,JALAN MANIS
86400 PARIT RAJA ,BATU PAHAT.


TARIKH PEMBUKAAN:
03HB.JANUARI 2006


OPERASI PENUBUHAN:


Pada 03 hb.Januari 2006,Tabika Perpaduan Parit Raja (Taman Manis)

telah di tubuhkan dan beroperasi di No,91,Jalan Manis,Taman Manis 2

Parit Raja.



Pendaftaran kanak-kanakpada ketika itu adalah Seramai 25 orang

dengan pembelajaran bermula jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi.



Puan Norhayati binti Mohd.Noh ditugaskan sebagai guru di Tabika ini

dengan dibantu oleh Cik Nurul Huda binti Ramli, sebagai Penolong

guru Tabika.



TATACARA PENGURUSAN KELAS

      

     1.    Pakaian dan Tanda Nama.

Semua Guru dan Penolong Guru dikehendaki memakai pakaian yang      sesuai dengan meletakkan tanda nama semasa bertugas. Baju kemeja T dan jeans tidak dibenarkan.


2.       Buku kedatangan Guru/Penolong Guru.

Semua Guru dan Penolong Guru mesti mematuhi waktu bertugas        seperti yang ditetapkan bagi Tabika masing-masing. Buku Kedatangan hendaklah disediakan .


3. Buku Pelawat

Guru hendaklah menyediakan Buku Pelawat dan memastikan semua Pelawat ke kelas merekodkan butir-butir mereka dalam buku tersebut. Butir-butir yang dimaksudkan adalah seperti  berikut:


                i)              Tarikh lawatan
                ii)             Waktu masuk
          iii) Waktu keluar
          iv)                 Nama/Jawatan/Agensi
          v)  Tindakan yang perlu di ambil oleh Guru/Penolong Guru
          vi)                 Tandatangan
          vii)                Catatan


4. Borang Pendaftaran Kanak-Kanak

Guru hendaklah sentiasa menyimpan Borang Pendaftaran Kanak-Kanak ke Tabika dan mengedarkan kepada mana-mana pihak yang ingin kanak-kanak ke Tabika.
   

     5. Buku Jadual Kanak-Kanak

Buku Jadual Kedatangan Kanak-Kanak di cetak oleh Jabatan dan diedarkan kepada semua kelas. Guru hendaklah merekodkan kedatangan harian kanak-kanak pada tiap-tiap hari.Rekod-redkod lain seperti penyata bulanan,analisis kedatangan,bayaran khas,butir-butir kanak-kanak dan ibu-bapa hendaklah  juga sentiasa kemaskini setiap masa.



6. Sijil Kehadiran

Sijil Kehadiran bagi Hari Graduan Tabika Perpaduan pada hujung tahun akan disediakan oleh Ibu Pejabat kepada semua negeri.Pejabat Perpaduan Negeri hendaklah mengagihkan sijil-sijil itu kepada Daerah/Bahagian berkenaan.

7.  Cuti
Semua Tabika Perpaduan perlu mengikuti cuti dan hari persekolahan    sesi tahunan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.



8.     Fail Jawatankuasa Penyelaras (JPTP)

Guru selaku Setiausaha JPTP hendaklah mentadbir fail-fail berkaitan    dengan aktiviti JPTP. Surat-menyurat,minit mesyuarat dan dokumen-dokumen lain berkaitan dengan JPTP hendaklah difailkan dan guru adalah bertanggungjawab terhadap keselamatan fail-fail ini.


TATASUSILA GURU DAN PENOLONG GURU

1)    TANGGUNGJAWAB TERHADAP KANAK-KANAK:

a)       Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan kanak-kanak.

b)       Bersikap adil terhadap setiap kanak-kanak tanpa mengira
Faktor-faktor jasmani,mental,emosi,politik,ekonomi,sosial,keturunan atau agama; dan

   
  c) Mempunyai sifat-sifat yang sesuai sebagai Pendidik dan pembimbing
      yang bijak.

2. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU-BAPA

a)       Menghormati tanggungjawab utama ibu-bapa terhadap anak-anak
Mereka.

b)       Berusaha mewujudkan hubungan yang mesra dan kerjasama yang
erat di antara Guru/Penolong Guru dengan ibu bapa dan;

c)       Memberikan maklumat kepada ibu-bapa demi kepentingan
anak-anak mereka dan menggunakan maklumat yang di terima daripada ibu-bapa secara teliti dan bijaksana.




2.     TANGGUNGJAWAB TERHADAP
MASYARAKAT & NEGARA

a)       Memupuk dalam diri setiap kanak-kanak dan nilai yang boleh
membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia,bertanggungjawab,menghormati orang –orang yang lebih tua dan memahami adanya perbezaan kebudayaan,keturunan dan agama di antara rakyat di Negara ini; dan


b)       Menghormati masyarakat dan memenuhi segala tanggungjawab
sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.   

     KESELAMATAN KANAK-KANAK


v   Guru dan Penolong Guru dimestikan hadir di Tabika lebih awal untuk menyambut kedatangan kanak-kanak.


v   Sepanjang sesi persekolahan ,pintu kelas atau pintu pagar atau seumpamanya hendaklah dikunci atau di tutup


v   Hanya ibu/bapa/penjaga kanak-kanak sahaja yang dibenarkan untuk mengambil kanak-kanak di sekolah sekiranya kanak-kanak menaiki bas, Guru dan Penolong Guru hendaklah memastikan kanak-kanak telah menaiki bas yang ditentukan.

v   Orang yang tidak dikenali adalah tidak dibenarkan berada dikawasan Tabika Perpaduan atau di dalam kelas sepanjang sesi persekolahan dijalankan.




v   Guru dan Penolong Guru hanya dibenarkan pulang setelah semua kanak-kanak diambil oleh ibu-bapa.


  1. Bilangan Pelajar.


Semenjak di buka pada 03 hb. Disember 2006 sehingga tahun 2008, Tabika ini telah membimbing dan mendidik seramai 90 orang kanak-kanak.

Berikut adalah bilangan kanak-kanakmengikut jantina dan bangsa

Tahun
Melayu
Cina
India
lain-lain
Jumlah
Jumlah
L
P
L
P
L
P
L
P
L
P
2006
14
11
-
-
-
-
-
-
14
11
25 Org
2007
16
19
-
-
-
-
-
-
16
19
35 Org
2008
15
15
-
-
-
-
-
-
15
15
30 Org
2009
14
20
-
-
-
-
1
-
15
20
35 Org

  1. Pengurusan Kurikulum Tabika.

Kurikulum Tabika adalah dibawah pengurusan Puan Norhayati binti mohd. Noh dengan dibantu oleh Penolong Guru Cik Nurul Huda binti Ramli. Beliau bertanggungjawab merancang Rancangan Tahunan, Mingguan dan Harian dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan pra sekolah.Beliau juga bertanggungjawab merancang program-program di peringkat kelas serta melaksanakannya bagi memastikan murid mendapat manfaat di sebalik pengajaran dan pembelajaran yang menjadi tujuan utama murid berada di tabika.


Enam (6) tunjang diajar di Tabika ini sejajar dengan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.

  1. Tunjang Bahasa dan komunikasi
  2. Tunjang Sains Dan Teknologi
  3. Tunjang Perkembangan Kreativiti & Estetika
  4. Tunjang Kerohanian Moral dan Sikap
  5. Tunjang Keterampilan Diri
  6. Tunjang Sosio-emosi

    Tabika Perpaduan Parit Raja (Taman Manis) menggunakan 3 pendekatan pengajaran dan pembelajaran iaitu:

  1. Pendekatan Bertema
  2. Pendekatan Belajar melalui bermain
  3. Pendekatan bersepadu

No comments:

Post a Comment