Monday, 27 June 2011

Jurnal Minggu Pertama Praktikum 20/06-24/06/2011

JURNAL MINGGU
PERTAMA PRAKTIKUM

20/06-24/06/2011

DISEDIAKAN OLEH:
NURUL HUDA BT RAMLI


KDPM –PLPS AMBILAN MEI 2008
    MINGGU  1
  HARI POTENSI                 TARIKH : 20/06/2011 HINGGA 24/06/2011
*   ISU…
Hari ini merupakan hari yang paling bertuah buat kanak-kanak Tabika Perpaduan Parit Raja kerana ibu/bapa mereka akan hadir untuk mengambil rekod perkembangan anak-anak mereka di samping dapat mengeratkan perhubungan yang mesra di antara guru dan ibu/bapa.
Suasana sememangnya meriah dengan gelagat kanak-kanak yang  asyik berbual-bual,ketawa, dan ada pula yang menangis pada ketika itu. Tepat jam 8.30 pagi hari potensi bermula. Muncul wajah-wajah ibu/bapa yang melemparkan senyuman  di luar kelas kepada kami yang membuatkan anak –anak merasa sangat gembira dan bersorak sesama sendiri.
Keadaan kelas agak bising kerana kanak-kanak suka akan kehadiran ibu-bapa mereka … mereka tidak meghiraukan kata-kata guru dan penolong yang menyuruh mereka untuk senyap..
*   ANALISIS
Masalah ini timbul mungkin kerana kanak-kanak amat teruja akan kehadiran ibu/bapa mereka ke sekolah. Ada yang terjerit –jerit memanggil ibu/bapa mereka  sehinggakan keadaan kelas menjadi seperti pasar ikan. Saya dengan pantasnya member kanak-kanak buku –buku cerita dan juga alat mainan agar mereka dapat duduk diam dan tidak mengganggu ibu/bapa dan guru ketika membuat perbincangan.
*    CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI
Saya akan melatih kanak-kanak supaya dapat mendisiplinkan diri agar mereka lebih bersedia dalam menghadapi pelbagai situasi atau keadaan pada masa akan datang. Saya juga akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah di samping berbincang dengan rakan –rakan yang lain.

*   TEMPOH MASA

Selain itu, saya juga akan cuba untuk mengatasi masalah ini secepat mungkin. Pengurusan masa yang baik amat penting bagi tujuan untuk melancarkan sesuatu pekara yang dibuat. Saya juga akan berusaha membimbing kanak-kanak  agar berdisiplin pada setiap masa  tidak kira berada di mana sahaja supaya tingkah laku mereka dalam pergaulan dapat di pertingkatkan dan menjadi contoh akhlak yang mulia di sisi masyarakat khususnya ibu/bapa.

*   PENILAIAN KEJAYAAN
Saya akan meminta kerjasama pensyarah  bimbingan saya untuk sama-sama memberikan tunjuk ajar dan galakan yang lebih banyak agar saya dapat mengatasi pelbagai masalah dengan sempurna serta dapat meningkatkan prestasi modifikasi tingkah laku di sekolah.

*   TINDAKAN SUSULAN
Saya akan mengambil beberapa tip untuk mengatasi masalah murid yang suka bermain daripada belajar, menyendiri dan juga menangis ketika di sekolah.  Tidak lupa juga saya akan mengikuti dari masa ke semasa  perkembangan dan kemajuan yang diperolehi oleh kanak-kanak tersebut.Komunikasi bersama ibu/bapa juga perlu diterapkan bagi membantu guru untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka.  




No comments:

Post a Comment