Monday, 27 June 2011

Kenangan bersama rakan-rakan di Maktab


Praktikum Fasa 2~Profesion Perguruan


IPGM KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
M7.75, JALAN KLUANG,83000 BATU PAHAT,JOHOR DARUL TAKZIM
______________________________________________
MELALUI PRAKTIKUM INI SAYA MENGHARAPKAN AGAR SAYA DAPAT MENCAPAI BEBERAPA PEKARA IAITU:
PROFESION :
v  DAPAT MENJADI SEORANG GURU YANG BERKETRAMPILAN DAN DISENANGI MURID,RAKAN SERTA MASYARAKAT.
v  DAPAT MEMUPUK NILAI JATI DIRI YANG KUKUH,YAKIN DIRI DAN BERFIKIRAN POSITIF.
v  DAPAT MENINGKATKAN MUTU PROFESION KEGURUAN
v  DAPAT MENINGKATKAN TAHAP KOMUNIKASI YANG LEBIH BERKESAN DAN JELAS DENGAN MASYARAKAT
v  DAPAT MENJADI CONTOH DAN ROLE MODEL YANG BAIK KEPADA MASYARAKAT
v  DAPAT MENAMATKAN PENGAJARAN DI MAKTAB DENGAN JAYANYA
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :

v  DAPAT MENINGKATKAN MUTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH

v  DAPAT MELAKUKAN SEGALA TUGASAN YANG DIBERI DENGAN SEMPURNA DAN BAIK

v   DAPAT MENDIDIK MURID-MURID DENGAN CARA YANG LEBIH BERKESAN

v  DAPAT MENGHASILKAN MUTU KERJA YANG LEBIH BERKUALITI UNTUK MELAHIRKAN GENERASI YANG CEMERLANG,GEMILANG DAN TERBILANG


IPGM KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
M7.75,JALAN KLUANG,83059 BATU PAHAT,
JOHOR DARUL TAAZIM

SEPANJANG SESSI PRAKTIKUM YANG TELAH DILALUI DENGAN PENUH KESABARAN DALAM MENEMPUH SEGALA CABARAN,DUGAAN DAN RINTANGAN,SAYA TELAH DAPAT MENCAPAI PEKARA YANG SAYA HARAPKAN BERJAYA SEBELUM INI IAITU :

PROFESION :
v  TELAH MENJADI SEORANG GURU YANG LEBIH BERKETRAMPILAN,DISENANGI DAN DIKASIHI OLEH MURID,RAKAN SERTA MASYARAKAT.
v  TELAH MEMPUNYAI JATI DIRI YANG LEBIH KUKUH,YAKIN DIRI SERTA LEBIH BERFIKIRAN POSITIF DAN TERBUKA.
v  TELAH DAPAT MENINGKATKAN PRESTASI DAN MUTU PROFESION KEGURUAN DENGAN LEBIH JITU.
v  TELAH DAPAT MENINGKATKAN KOMUNIKASI YANG LEBIH BERKESAN DAN MENJADI CONTOH YANG BAIK KEPADA MURID SERTA MASYARAKAT SETEMPAT.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :
v  TELAH DAPAT MENINGKATKAN TAHAP DAN MUTU PERSEMBAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI DALAM KELAS.
v  TELAH DAPAT MENJALANKAN DAN MELAKSANAKAN SEGALA TUGASAN DAN TANGGUNGJAWAB DENGAN SEBAIK-BAIKNYA.
v  TELAH MEMPUNYAI LEBIH PENGETAHUAN TENTANG CARA YANG BERKESAN DALAM MEMBERI PENDIDIKAN KEPADA MURID.
v  TELAH DAPAT MENUNJUKKAN MUTU KERJA YANG LEBIH BERKUALITI UNTUK MELAHIRKAN GENERASI YANG CEMERLANG,GEMILANG DAN TERBILANG.
v  TELAH DAPAT MENUNJUKKAN DAYA KREATIVITI DAN INOVASI  YANG LEBIH MENARIK
v  PENGENALAN DAN MAKLUMAT TABIKA

Rancangan Pengajaran & Pembelajaran Bertemakan Buah-Buahan






Sukatan Pelajaran: 
2.1.2 Mereka corak secara terancang.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Pelajaran hari ini berkaitan dengan membuat capan menggunakan putik kapas.
Objektif: 
Pada akhir pelajaran, dengan bimbingan guru, murid dapat;
1. Mengenal alatan untuk membuat aktiviti mencapan.
2. Menyambungkan titik untuk membentuk gambar.
3. Menghasilkan corak capan menggunakan putik kapas.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid sudah boleh menggunakan alatan seni lukis.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Mempekenalkan alatan.
2. Menyambungkan titik-titik untuk membentuk gambar.
3. Mencapan menggunakan putik kapas.
Bahan Bantu Mengajar: 
Kertas lukisan yang mengandungi gambar buah-buahan yang dilukis dengan titik-titik, warna air, putik kapas, kotak berisi buah-buahan dan lukisan capan yang telah siap.
Set Induksi: 
1. Guru menunjukkan kotak kepada murid. Guru meletakkan beberapa biji buah-buahan yang berlainan jenis di dalam kotak.
2. Guru menyuruh murid merasa isi kandungan kotak. Guru menyuruh murid meneka apa yang mereka rasa.
3. Murid merasa dan kemudian meneka isi kandungan kotak.
Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada: 
1. Guru menunjukkan isi kotak iaitu buah-buahan. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai buah dalam kotak.
2. Guru menyoal dengan soalan-soalan berikut;
a) "Ini buah apa?".
b) "Apa warna buah ini?".
c) "Bagaimana bentuknya?."
d) "Apa rasanya?".
3. Murid memberikan jawapan terhadap soalan guru.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid: 
1. Guru menunjukkan gambar buah-buahan.
2. Satu gambar yang tidak berwarna dan satu lagi gambar berwarna dengan menggunakan kaedah capan (menggunakan putik kapas).
3. Murid melihat gambar yang ditunjukkan dan memberikan perhatian.
4. Guru menyoal murid tentang perbezaan gambar dan menyuruh murid membandingkan gambar mana yang lebih cantik.
5. Murid menyatakan perbezaan gambar iaitu gambar pertama tidak berwarna dan gambar kedua berwarna.
6. Kemudian, murid membuat penilaian ke atas kedua-dua gambar.
7. Guru menyatakan pelajaran hari ini iaitu membuat capan menggunakan putik kapas.
8. Guru menunjukkan sekali lagi gambar buah-buahan yang berwarna tadi.
Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid: 

Langkah Pertama

-Memperkenalkan alatan.
1. Guru menunjukkan alatan yang akan digunakan untuk membuat capan. Guru menyuruh murid menyebut nama alatan yang ditunjukkan oleh guru.
2. Murid melihat alatan yang ditunjukkan. Murid menyebut nama alatan yang ditunjukkan oleh guru.
3. Guru menyuruh murid mengambil mana-mana alatan dan menyebutkan nama alatan tersebut.
4. Guru memastikan murid mengenal nama alatan.
Langkah Kedua
-  Menyambungkan titik untuk menghasilkan gambar.
1. Guru memberikan gambar buah-buahan kepada murid. Gambar tersebut telah dilukis dalam bentuk titik-titik.
2. Guru menyuruh murid menyambungkan titik-titik tersebut untuk membentuk gambar buah-buahan.
3. Setiap murid mendapat sehelai gambar buah-buahan. Murid meyambungkan titik membentuk gambar buah-buahan.
4. Guru memastikan murid menyambungkan semua titik. Guru membimbing murid membuat aktiviti.
Langkah Ketiga



-Mencapan menggunakan putik kapas.
1. Guru memberikan setiap murid peralatan yang akan digunakan untuk membuat aktiviti capan.
2. Setiap murid mendapat warna air dan putik kapas.
3. Guru menunjukkan cara mencapan menggunakan putik kapas.
4. Kemudian, guru menyuruh murid mencapan menggunakan putik kapas.
5. Guru memastikan murid menggunakan warna yang betul bagi buah-buahan tersebut.
6. Murid memberi perhatian terhadap tunjuk ajar guru. Murid membuat aktiviti mencapan dengan bimbingan guru.
7. Guru memastikan murid menggunakan ruang kertas sepenuhnya untuk membuat capan.
8. Guru membimbing murid membuat aktiviti.
9. Guru memastikan setiap murid menyiapkan lukisan mereka.
Latihan dengan Bimbingan: 
Sila rujuk langkah dua nombor empat dan langkah tiga nombor lapan di atas.
Latihan Kendiri: 
Sila rujuk langkah satu nombor satu, dua dan nombor tiga di atas.
Penutup Pengajaran: 
1. Guru menyuruh murid menghantar hasil lukisan masing-masing. Guru menyuruh murid melekatkan hasil lukisan mereka di papan putih.
2. Murid menghantar hasil lukisan masing-masing. Murid melekatkan hasil lukisan mereka di papan putih.
3. Guru menyoal kelas, "Hasil lukisan siapa yang paling cantik?". Murid menilai hasil lukisan rakan mereka.
4. Guru menilai hasil kerja murid. Guru memberikan pujian kepada semua murid yang menghasilkan lukisan.
5. Guru memberikan ganjaran kepada murid yang menghasilkan lukisan paling cantik.
6. Guru merumuskan isi pelajaran.


Jurnal Minggu Pertama Praktikum 20/06-24/06/2011

JURNAL MINGGU
PERTAMA PRAKTIKUM

20/06-24/06/2011

DISEDIAKAN OLEH:
NURUL HUDA BT RAMLI


KDPM –PLPS AMBILAN MEI 2008
    MINGGU  1
  HARI POTENSI                 TARIKH : 20/06/2011 HINGGA 24/06/2011
*   ISU…
Hari ini merupakan hari yang paling bertuah buat kanak-kanak Tabika Perpaduan Parit Raja kerana ibu/bapa mereka akan hadir untuk mengambil rekod perkembangan anak-anak mereka di samping dapat mengeratkan perhubungan yang mesra di antara guru dan ibu/bapa.
Suasana sememangnya meriah dengan gelagat kanak-kanak yang  asyik berbual-bual,ketawa, dan ada pula yang menangis pada ketika itu. Tepat jam 8.30 pagi hari potensi bermula. Muncul wajah-wajah ibu/bapa yang melemparkan senyuman  di luar kelas kepada kami yang membuatkan anak –anak merasa sangat gembira dan bersorak sesama sendiri.
Keadaan kelas agak bising kerana kanak-kanak suka akan kehadiran ibu-bapa mereka … mereka tidak meghiraukan kata-kata guru dan penolong yang menyuruh mereka untuk senyap..
*   ANALISIS
Masalah ini timbul mungkin kerana kanak-kanak amat teruja akan kehadiran ibu/bapa mereka ke sekolah. Ada yang terjerit –jerit memanggil ibu/bapa mereka  sehinggakan keadaan kelas menjadi seperti pasar ikan. Saya dengan pantasnya member kanak-kanak buku –buku cerita dan juga alat mainan agar mereka dapat duduk diam dan tidak mengganggu ibu/bapa dan guru ketika membuat perbincangan.
*    CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI
Saya akan melatih kanak-kanak supaya dapat mendisiplinkan diri agar mereka lebih bersedia dalam menghadapi pelbagai situasi atau keadaan pada masa akan datang. Saya juga akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah di samping berbincang dengan rakan –rakan yang lain.

*   TEMPOH MASA

Selain itu, saya juga akan cuba untuk mengatasi masalah ini secepat mungkin. Pengurusan masa yang baik amat penting bagi tujuan untuk melancarkan sesuatu pekara yang dibuat. Saya juga akan berusaha membimbing kanak-kanak  agar berdisiplin pada setiap masa  tidak kira berada di mana sahaja supaya tingkah laku mereka dalam pergaulan dapat di pertingkatkan dan menjadi contoh akhlak yang mulia di sisi masyarakat khususnya ibu/bapa.

*   PENILAIAN KEJAYAAN
Saya akan meminta kerjasama pensyarah  bimbingan saya untuk sama-sama memberikan tunjuk ajar dan galakan yang lebih banyak agar saya dapat mengatasi pelbagai masalah dengan sempurna serta dapat meningkatkan prestasi modifikasi tingkah laku di sekolah.

*   TINDAKAN SUSULAN
Saya akan mengambil beberapa tip untuk mengatasi masalah murid yang suka bermain daripada belajar, menyendiri dan juga menangis ketika di sekolah.  Tidak lupa juga saya akan mengikuti dari masa ke semasa  perkembangan dan kemajuan yang diperolehi oleh kanak-kanak tersebut.Komunikasi bersama ibu/bapa juga perlu diterapkan bagi membantu guru untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka.  




Jadual Waktu Tabika Perpaduan Parit Raja

JADUAL WAKTU TABIKA PERPADUAN PARIT RAJA
                                                                                                                                                       2011


(*) – Pengajaran dalam Bahasa Malaysia                                                                                                     (#) – Pengajaran dalam Bahasa Inggeris
MASA /
HARI
8.00 – 8.30
8.30 – 8.50
8.50 – 9.50
9.50 – 10.20
10.20 – 10.50
10.50 – 11.50
11.50 – 12.00
30 minit
20 minit
60 minit
30 minit
30 minit
60 minit
10 minit
ISNIN

* Rutin & Perbualan Pagi

* Teras
Matematik

# Tema
Kemanusiaan


* Tema
Bahasa Malaysia

* Teras
Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
* Penamat
SELASA

* Rutin & Perbualan Pagi

# Teras
Aktiviti Luar

# Tema
Keselamatan

# Teras
English

# Tema
Kesihatan
* Penamat
RABU

* Rutin & Perbualan Pagi

* Tema
Matematik

# Teras
English

* Teras
Bahasa Malaysia

* Teras
Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
* Penamat
KHAMIS

# Rutin & Perbualan Pagi

* Teras
Matematik

# Teras *
Aktiviti Luar
(20min    40min)

# Tema
English

# Tema
Kreativiti
# Penamat
JUMAAT

# Rutin & Perbualan Pagi

* Tema
Matematik

* Teras
Bahasa Malaysia

* Tema
Sains

#Tema
Kreativiti / Sosio
Emosi
# Penamat